Apakah
yang dimaksudkan dengan usahawan dan keusahawanan? Anda tentu ingin
mengenali usahawan-usahawan di Malaysia. Sebelum saya menceritakan
dengan lebih lanjut mengenai usahawan yang terdapat di Malaysia, akan
saya jelaskan dahulu maksud usahawan dan keusahawanan. Apa yang kita
faham, usahawan adalah seorang pengusaha yang pada mulanya hanyalah
orang biasa dan akhirnya berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya. Usahawan
adalah perintis (pelopor) kepada kejayaan perniagaan hari ini. Mereka
ini mengesan peluang yang ada, membawa kepada pendapat baru (innovate)
dan prestasi yang baik menjadi satu piawai di dalam era ‘free
enterprise”.
Scaborough dan Zimmerer (1988) mendefinasikan usahawan sebagai:
“Seorang
yang mencipta suatu perniagaan baru dan menghadapi suatu keadaan yang
tidak pasti demi untuk memperolehi keuntungan dan pertumbuhan
(perkembangan) dengan mengenal pasti peluang dan menyediakan sumber
untuk mencapainya. Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea yang ada
dan selalunya idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk
memindahkan idea tersebut kepada perniagaan yang bersesuaian.”Scaborough dan Zimmerer (1988) mendefinasikan usahawan sebagai:
Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai:
“Seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu, perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. Dengan optimistik dan komited, usahawan bekerja dengan kreatif untuk memperolehi sumber baru dan memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru, semua ini hanya bertujuan untuk mencipta keuntungan.”
Manakala Keusahawanan Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan sosial. Dan menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasaan peribadi dan kebebasan.
Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar (environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan (institution).
MAKSUD KEUSAHAWANAN di Malaysia boleh didefinisikan sebagai ;
Keseluruhan sikap, nilai, pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan seseorang itu mampu bahkan cekap untuk mencari, mengenal dan merebut peluang dan menterjemahkannya kepada strategi-strategi dan usaha-usaha perniagaan untuk faedah ekonomi dan keuntungan.
Manakala KEUSAHAWANAN dari perspektif Islam ialah ;
Mana-mana aktiviti pekerjaan yang diusahakan secara perniagaan oleh seseorang samada dengan menghasilkan sesuatu barangan atau memberi sesuatu perkhidmatan bagi memperolehi rezeki yang halal iaitu dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariah
USAHAWAN
Tenaga atau kualiti manusia yang bertanggungjawab membentuk dan mewujudkan usaha atau kerja dengan menggunakan faktor pengeluaran seperti tanah, modal dan buruh serta berkebolehan melakukan perkara-perkara seperti ;
- Mencari peluang-peluang perniagaan
- Mengusahakan sesuatu perniagaan yang akan membawa kebaikan kepada dirinya dan orang ramai.
- Dapat memenuhi keperluan orang ramai.
- Sedia membuat pembaharuan untuk meningkatkan produktiviti.
- Mengambil risiko yang telah dipertimbangkan.
0 comments:
Post a Comment