Wednesday, November 6, 2013

4 Cabaran Keusahawanan Penghalang Kejayaan Anda



Jika pada hari ini anda mempunyai semangat yang amat tinggi untuk berniaga tetapi keesokan harinya semangat anda merudum, sudah pasti 100% anda akan gagal dalam perniagaan anda!
Menjalankan sesebuah perniagaan bukanlah suatu perkara yang boleh dilakukan dengan sambil lewa sahaja. Konsistensi dalam perniagaan amat penting serta fokus yang amat tinggi diperlukan untuk menjamin kejayaan dalam setiap urusan.
Sudah tentu anda pernah mengalami pengalaman dimana anda berjaya mendapat apa yang telah anda hajati setelah berusaha sepenuh hati untuk mendapatkannya. Pada masa itu, jiwa dan raga anda pasti melonjak riang merasakan kegembiraannya dan terkuntum senyuman yang manis di bibir anda.
Dalam perniagaan juga begitu, anda pasti akan berasa sangat gembira setelah melihat kejayaan anda mengaut keuntungan berlipat ganda dan berjaya mencapai target yang ditetapkan. Anda juga pasti lebih gembira apabila berjaya mengapai impian-impian hidup anda yang anda mahukan sejak dulu lagi.
Siapa yang tidak mahu untuk memiliki kereta besar, rumah besar yang mempunyai enam bilik, mempunyai aliran tunai yang berlimpah ruah serta memiliki simpanan yang cukup, yang mampu diwarisi kepada anak dan cucu untuk tujuh keturunan..
..namun percayalah bahawa semua ini tidak akan datang bergolek di depan mata kita sahaja!
Ini kerana untuk berjaya menggapai segala yang anda hajati, ia memerlukan pengorbanan yang besar dan ada cabaran-cabaran yang perlu anda hadapi terlebih dahulu sebelum anda berjaya. Ingatlah bahawa usahawan yang berjaya tidak akan tunduk kepada sebarang cabaran walaupun ia melemahkan jiwa!
Ada 4 cabaran hebat yang perlu anda tempuh sebelum anda berjaya menjadi seorang usahawan yang hebat. 4 cabaran ini jika tidak dibendung, ia bakal merencatkan perkembangan perniagaan anda secara tidak langsung.


  1. Mendapat Tentangan Keluarga
  2. Tidak Mempunyai Aliran Tunai Konsisten
  3. Masa Antara Keluarga & Bisnes
  4. Kurangnya Ilmu & Strategi Bisnes

Usahawan yang berjaya mendaki gunung kejayaan adalah mereka yang bertekad mahu mencapai kejayaan. Manakala usahawan yang hanya menunggu dan lihat serta memilih jalan selesa akan sentiasa berada ditakuk lama dan menjauhi kejayaan.
Dengan menguasai 4 cabaran di atas, anda pasti akan berjaya dalam apa jua perniagaan yang anda ceburi. Ingatlah bahawa andalah penentu kepada masa depan perniagaan anda dan cuma anda sahajalah yang mampu mengubah hidup anda.

0 comments:

Post a Comment